Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!

Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!
link : Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!

Baca juga


Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!

Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan seperti 'love-hate relationship'.Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.

Jika keadaan ini berterusan berlaku,suami pasti rasa tersepit dengan ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.

Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.

Ada caranya untuk pikat hati ibu mertua agar terus menyukai kita;

1. Selalu Hubungi

 Andai tinggal berjauhan,selalu hubungi ibu mertua melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar keadaannya, kesihatannya dan sebagainya. Namun, apabila tibanya hari-hari penting seperti Hari Ibu dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

2. Bawa Buah Tangan

Tiada salahnya jika anda melawat ibu mertua tanpa membawa buah tangan. Namun, pasti ibu mertua berasa lebih gembira jika berusaha untuk menceriakan hatinya dengan membawa buah tangan setiap kali berkunjung ke rumahnya.Jika punyai masa, boleh cuba memasak makanan kegemarannya.Dia pasti suka.

3. Kenali Sikap Mertua

Jika ibu mertua seorang yang suka bercakap atau berkongsi pengalaman, pastikan anda juga terlibat sama dalam perbualan tersebut. Bersikap ramahlah dengan mereka. Namun jika dia seorang yang pendiam, cuba berinteraksi dengan mereka dengan bertanyakan soalan-soalan yang mudah contohnya resipi kegemaran anaknya dan sebagainya.

4. Jangan Marah Suami Depan Mertua

Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak yang mereka sayangi disakiti. Meskipun pada saat itu anda perlu menegur suami, cuba untuk menahan perasaan itu sementara semasa berada bersama ibu mertua. Elakkan bertindak kasar atau memarahi suami dihadapan ibu mertua, ini kerana situasi ini akan memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anaknya.Sekaligus mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Kongsi Minat

Salah satu cara mudah untuk mendekati dan 'membeli' jiwa ibu mertua adalah dengan berkongsi minat yang sama.Sebagai contoh,kalau ibu mertua gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai.

Namun demikian,jika ibu mertua suka memasak dan anda juga gemarkan memasak, boleh luangkan masa bersama-masa, mencuba resipi-resipi baru dan bertukar-tukar resipi.Berkongsi minat yang sama memudahkan menantu untuk serasi dan bercampur gaul dengan ibu mertua.

6. Jaga tutur kata

Ketika bersama mertua, bercakap dan bertuturlah dalam sebaik-baik bahasa dan tingkah laku. Jangan sesekali mengungkapkan perkataan yang boleh mengguris hati.Orang yang lebih tua pasti mempunyai perasaan sensitif,agak cerewet dan mudah berkecil hati.Namun, bersabarlah dan berusahalah untuk bercakap hanya perkara yang baik-baik kepada ibu mertua.

7.Sayang Seperti Keluarga Sendiri

Perlu ingat, walaupun dia adalah ibu mertua namun darjatnya setaraf dengan ibu kandung yang melahirkan kita. Tidak ada salahnya melayan ibu mertua seperti ibu sendiri. Kasih sayang yang anda berikan pasti akan diingati dan dihargai.Anggaplah ibu mertua sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga tip-tip ini memberi panduan berguna buat anda dalam membina hubungan mesra bersama ibu mertua sekaligus buat hati suami bertambah sayang.
 


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!

Sekianlah artikel Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya! dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/tawan-hati-suami-dengan-beli-jiwa-ibu.html

0 Response to "Tawan Hati Suami Dengan Beli Jiwa Ibu Mertua, Ini Caranya!"

Posting Komentar

wdcfawqafwef