TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’

TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’
link : TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’

Baca juga


TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pemain kelabnya, Mohammed Ghaddar terlebih dahulu ‘offside’ sebelum menjaringkan gol kemenangan untuk JDT dalam aksi Liga Super 2017 malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun mempertikaikan mengapa jaringan ‘offside’ JDT itu diperbesar-besarkan oleh semua pihak dalam negara.

Tunku Ismail mengungkit tentang JDT pernah menerima nasib sama dalam beberapa perlawanan sebelum ini, namun perkara itu tidak pula diperbesarkan oleh orang ramai.

“Bagi pendapat saya ‘offside’, tetapi gol Ghaddar ‘offside’ ini diperbesarkan oleh semua pihak dalam negara. Masa Felda tahun lepas pengadil batalkan dua gol, tidak pun satu negara kecoh tentang pengadil tersebut.

“Bila Kedah menang dua piala tahun ini lawan 10 orang, tiada pun orang cakap Kedah beli pengadil, tetapi jika JDT semuanya salah. Kita (JDT) kalah minit-minit akhir dengan Selangor kerana pengadil beri penalti,” katanya menerusi satu rakaman video lewat malam tadi.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menafikan dakwaan kononnya beliau membeli pengadil perlawanan tersebut dan menyifatkan mereka yang membuat dakwaan itu terdesak mahu mencari kesilapan orang lain.

Jaringan Ghaddar memastikan JDT menang keatas pasukan Perak 2-1 di gelanggang sendiri, namun menimbulkan kontroversi apabila ramai peminat bola sepak yakin jaringan itu tidak sah kerana Ghaddar terlebih dahulu telah ‘offside’.

Kemenangan JDT keatas Perak sekali gus memperkemaskan lagi kedudukan pasukan itu yang hampir pasti akan menjulang kejuaraan Liga Super musim ini.

“Kalau pengadil saya beli, saya punya, saya dah menang semua perlawanan. Oleh itu jangan nak temberang. Jika tak suka orang apa kita buat pun tetap salah juga. Saya tiada sebarang masalah,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menyifatkan kedua-dua pasukan JDT dan Perak bermain dengan sangat baik malam tadi, tetapi pengadil tidak dapat mengawal perlawanan dan keputusan dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’

Sekianlah artikel TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’ dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/tmj-pertikai-pihak-perbesarkan-gol.html

0 Response to "TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan Gol ‘Offside’"

Posting Komentar

wdcfawqafwef