Judul : [Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah!
link : [Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah!
[Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah!
Dalam video itu, seorang budak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia sekitar 7 atau 8 tahun boleh dilihat berjalan dengan santai daripada satu tingkap ke tempat lain, tanpa menyedari bahawa mereka boleh terjatuh dan boleh menyebabkan kematian pada bila-bila masa.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada hari Selasa (18 Julai) di wilayah Anhui, China. Rupa-rupanya, ibu bapa kanak-kanak tersebut meninggalkan mereka berdua di rumah.
eo yang mendebarkan ini menunjukkan kanak-kanak tersebut bertukar tempat betul-betul di tengah-tengah tebing sambil berdiri! Oh Tuhan!
Tidak lama kemudian terdapat jiran yang melihat kanak-kanak ini mengejar antara satu sama lain di tebing luar tingkap rumah mereka dan dengan serta merta jiran tersebut menghubungi polis.
Ibu bapa kanak-kanak itu sangat terkejut apabila mereka dihubungi oleh polis dan bergegas pulang apabila mendengar tentang aksi menakutkan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
“Tidak ada orang dewasa di rumah ketika kanak-kanak bermain. Tiga kanak-kanak berada di dalam rumah tetapi dua daripadanya dilihat bermain di tebing sebuah tingkap, “kata seorang pegawai polis.
Syukurlah, kanak-kanak itu tidak tercedera semasa melakukan perkara yang berbahaya itu.
Diharap ibu bapa yang menonton video ini bersedar bahawa meninggalkan kanak-kanak sendirian di rumah tanpa orang dewasa adalah berbahaya dan mungkin akan membawa kemalangan yang tidak diingini!
Era Baru
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel [Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah!
Anda sekarang membaca artikel [Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah! dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/video-kanak-kanak-bermain-di-tebing.html
0 Response to "[Video] Kanak-kanak bermain di tebing tingkap rumah mereka ketika ibu bapa mereka tiada di rumah!"
Posting Komentar