Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai

Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai
link : Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai

Baca juga


Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai

TAK hujan, atap tak bocor… Tapi tiba-tiba bahagian belakang badan wanita berusia 40 tahun ini basah?

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia dalam tak sedar telah ”disembur’ dengan air mani seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika berada di sebuah kedai buku dekat Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu.

Dikatakan ketika kejadian, mangsa sedang ralit membaca buku di ruangan kanak-kanak sambil menunggu suaminya yang sedang menyelesaikan urusannya di pusat beli belah tersebut.

Kelihatan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki memakai baju berwarna hitam telah mendekatinya dari belakang. Ketika kejadian berlaku, tidak ramai pelanggan yang ada di dalam kedai tersebut. Jadi mungkin kerana itu, lelaki tersebut dengan beraninya telah berkelakuan jijik seperti itu.

Lelaki berkenaan telah menggunakan sebuah buku untuk menutup kemaluannya daripada kelihatan dengan jelas sebelum dia menghampiri mangsa secara perlahan-lahan.

Kerana terlampau khusyuk membaca, wanita itu tidak menyedari bahawa lelaki durjana tersebut sudah pun memancutkan air maninya di belakang bajunya dan terus beredar dengan segera.

Setelah menyedari tentang perkara tersebut, mangsa yang terkejut dan trauma terus menghubungi suaminya yang juga merupakan seorang peguam yang berpangkat Dato’ berusia 38 tahun.

Mereka terus mendapatkan pihak pengurusan untuk menjejak lelaki tersebut namun apakan daya, mereka gagal kerana lelaki itu telah berjaya meloloskan diri.

“Isteri saya ketakutan dan menangis, dia tidak menyangka ada individu seperti itu yang sanggup melakukan perbuatan keji itu di sudut bacaan kanak-kanak di dalam kedai buku.

“Saya ada anak perempuan dan saya tidak mahu insiden seperti ini berlaku kepada isteri saya dan orang lain,” katanya.

Suami mangsa menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati kerana kemungkinan besar, suspen akan mengulangi perbuatan jijik itu selagi dia belum diberkas oleh pihak berkuasa.

Dia juga berharap agar suspek akan dapat diberkas dan berharap dengan kuasa viral pada masa kini, mungkin suspek akan dapat diberkas oleh pihak berkuasa.

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai

Sekianlah artikel Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/video-lelaki-kurang-ajar-melancap-dalam.html

0 Response to "Video lelaki kurang ajar melancap dalam kedai buku, kemudian pancut kat pelanggan kedai"

Posting Komentar

wdcfawqafwef