Vingada Luah Rasa Puas Hati

Vingada Luah Rasa Puas Hati - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vingada Luah Rasa Puas Hati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vingada Luah Rasa Puas Hati
link : Vingada Luah Rasa Puas Hati

Baca juga


Vingada Luah Rasa Puas Hati



PERSEDIAAN skuad Harimau Malaya bagi melayani kunjungan Lebanon pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 13 Jun ini semakin me­nunjukkan perkembangan positif biarpun kehilangan empat pemain pertahanan yang dilaporkan mengalami kece­deraan. 

Mereka ialah empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, berbaki kira-kira seminggu sebelum perlawanan itu, tidak mustahil pasukan dapat membentuk gandingan terbaik memandangkan kesemua pemain mempunyai ke­lebihan masing-masing.

Menurutnya, empat pemain yang baru dipanggil mengisi kekosongan juga dilihat tidak menjejaskan sebarang percaturan pasukan. “Diharapkan tiada lagi sebarang kecede­raan kerana kami mahu mengekalkan skuad ini sehingga perlawanan bermula.

“Saya gembira kerana telah menjalani tempoh latihan seminggu lalu de­ngan baik. Pemain juga faham apa yang saya mahu sampaikan dan mereka telah memberikan yang terbaik.

“Kita masih mempunyai beberapa lagi hari sebelum perlawanan dan saya percaya semuanya akan berjalan seperti yang telah dirancang,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi latihan skuad negara di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.

Vingada berkata, buat masa ini pasukan hanya mementingkan bagaimana untuk mengekalkan ren­tak permainan sama ada melancarkan serangan atau mahu bertahan. “Dalam perlawanan, kita kena ikut situasi, kalau mereka menyerang kita bertahan tetapi ia perlu dilakukan dengan betul dan tugas saya pula adalah memastikan ia dapat dibuat.

“Saya juga akan memastikan pasukan kita akan bersedia untuk bertahan dan pada masa sama bersedia untuk menyerang. Ia adalah sesuatu yang bukan mudah kerana kita tidak memerlukan semua pemain untuk menyerang tetapi perlukan semua untuk bertahan dan menguasai perlawanan,” katanya.

Jelasnya, beraksi di laman sendiri juga memberikan kelebihan kepada pasukan, sekali gus memburu kemenangan. “Lebanon mempunyai kelebihan dari segi ran­king FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) tetapi kita di sini ada penyokong dan masih mempunyai masa lagi untuk mencari skuad terbaik sebelum perlawanan,” kata­nya.

Ketiadaan empat pemain itu diisi oleh pemain kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Nazrin Syam­sul Bahri dan pemain Pahang, Faisal Rosli, manakala dua lagi pemain yang kembali dipanggil menyertai skuad negara ialah Afif Amiruddin dan Nazirul Naim.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOONVf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first onKhabar Malaysia


Demikianlah Artikel Vingada Luah Rasa Puas Hati

Sekianlah artikel Vingada Luah Rasa Puas Hati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vingada Luah Rasa Puas Hati dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/06/vingada-luah-rasa-puas-hati.html

0 Response to "Vingada Luah Rasa Puas Hati"

Posting Komentar

wdcfawqafwef