Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya

Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya
link : Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya

Baca juga


Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya


Cita-cita setiap ibu bapa adalah untuk melihat anaknya berjaya dan memiliki hidup yang lebih baik daripada mereka. Kebanyakan mereka berharap untuk menghantar mereka melanjut kan pelajaran kerena bagi mereka pelajaran adalah segala nya dan dapat membantu untuk kearah kejayaan hidup.

Ini adalah kisah seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menghantar anaknya ke kolej bagi melanjutkan pelajaran. Ayah ini bernama Idris, dan pekerjaan beliau adalah mencuci tandas setiap hari untuk menampung kos pembelajaran anaknya.

Tetapi untuk mengelakkan anaknya daripada malu kepada rakan-rakan dan masyarakat sekeliling, beliau terpaksa menyembunyikan pekerjaan sebenar beliau daripada anaknya. Kisah ini sampai kepada rakan-rakan sekerja beliau, dan rakan-rakan beliau telah menghadiahkan sesuatu yang sangat bermakna untuk Idris.

Ini adalah kisah Idris dan anaknya :

"Aku tak pernah beritahu anakku tentang pekerjaan ku, kerana aku tak mahu dia berasa malu oleh kerana bapanya adalah seorang pencuci tandas. Setiap hari sebelum aku pulang ke rumah, aku akan mandi di tandas awam, dan apabila anakku bertanya aku kerja apa, aku hanya beritahu aku adalah seorang buruh kasar. Aku mahu menghantar anakku ke kolej yang terbaik supaya dia dapat pekerjaan yang elok."

"Setiap sen yang aku dapat, aku habiskan untuk yuran kolej dan buku-buku anakku. Aku tak pernah beli baju baru, atau apa-apa untuk diri aku, cukup lah aku melihat anak aku tenang untuk belajar di kolej. Tapi pada satu hari, anak ku meminta duit untuk membayar yuran akhir semester. Aku tidak dapat bekerja pada hari itu, dan aku hanya berkata "jangan risau nak, nanti abah carikan".

"Aku keluar dan hanya duduk di sebelah longgokan sampah menangis kerana tidak dapat memberikan duit kepada anakku. Ada rakan-rakan sekerja ku yang datang melihat, tapi mereka tidak berani untuk menegur."

"Aku terus menangis sambil memikir kan apa yang aku perlu beritahu anakku. Memang aku di lahirkan miskin, dan tiada apa yang baik akan datang kepada orang yang miskin melainkan kesusahan."

"Selepas rakan-rakan ku habis kerja, mereka datang kepadaku dan menghulurkan duit gaji mereka pada hari itu, untuk aku membayar yuran anak ku. Aku menolak pemberian mereka, tetapi mereka tetap berkeras untuk ku menerima. Mereka berkata "biarlah satu hari ini kami tak makan, yang penting anak kamu dapat pergi belajar". Hari itu aku pulang tanpa menukar baju kerja ku, pakaian seorang pencuci tandas."

"Anak ku sudah di tahun yang terakhir, dia ada bekerja sambilan untuk mengajar tuisyen. Hari-hari dia akan menghantar aku pergi kerja, dan membawa makanan untuk aku dan rakan-rakan ku. Mereka ketawa dan bertanya kenapa selalu sangat dia datang dan membawa makanan untuk kami."

"Anak ku menjawab, "kamu semua telah berlapar untuk saya sehingga saya menjadi seorang yang berguna sekarang, berdoalah untuk aku supaya aku sentiasa dapat membawa makanan untuk kamu semua setiap hari."

"Sekarang aku tak lagi rasa seperti seorang yang miskin, kerana sesiapa yang ada anak seperti anak aku, dia tak akan menjadi miskin."


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya

Sekianlah artikel Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/ayah-sanggup-bekerja-sebagai-pencuci.html

0 Response to "Ayah sanggup bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung kos pembelajaran anaknya"

Posting Komentar

wdcfawqafwef