Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais

Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais
link : Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais

Baca juga


Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais

Melihatkan beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan sebuah gerai dengan papan tanda ‘Dhaka Teh Ais‘ membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai sama ada pengusaha atau pekerjanya dari Bangladesh.

Dhaka Teh Ais

Dhaka Teh Ais

“Budak-budak Bangla ke yang berniaga?” kata seorang netizen di Facebook.

“Teh ais dari Bangladesh, tu lah saya cakap kalau nak jual, jual yang tak ada lagi dalam Malaysia,” kata seorang lagi netizen.

Malah terdapat netizen menjelaskan mengikut Akta Imigresen bahawa warga asing tidak dibenarkan menjaja di negara ini.

Gambar yang tular turut menunjukkan ramai pelanggan sanggup beratur panjang di gerai ‘Dhaka Teh Ais’ di Kampung Delek di Klang, Selangor.

Bagaimanapun sangkaan netizen meleset kerana pengusaha teh ais ini sebenarnya adalah rakyat tempatan yang berasal dari Kuala Lumpur.

Muhd Izzat Syafiq Asaari, 28, berkata, Dhaka iaitu nama ibu negara Bangladesh diambil untuk minuman teh ais yang dijualnya kerana mengikut cara pembuatan teh di negara berkenaan.

Katanya, idea tersebut timbul selepas dia menyertai satu program usaha dakwah di Tongi, Bangladesh pada Januari lalu.

“Di sana saya berpeluang melihat peniaga tempatan mempunyai cara tersendiri menjual teh yang menjadikan air minumannya lebih pekat.

“Jadi, saya amalkan cara pembuatan mereka di sini, sebab itulah saya menamakannya sebagai ‘Dhaka Teh Ais’,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Muhd Izzat berkata, perbezaannya adalah dia menggunakan teh tempatan kerana jika mengimport teh dari negara itu dikhuatiri sukar untuk mendapatkan bekalan yang konsisten.

Tambahnya, penjual teh di Bangladesh menggunakan susu kambing tetapi harganya di sini agak mahal menyebabkan dia menggunakan susu pekat manis.

“Biar rasa air teh sedap dan pekat tetapi dijual pada harga berpatutan. Kaedah pembuatannya masih lagi mengikut cara penjual teh di Bangladesh,” katanya mengenai operasi setiap hari seawal pukul 11 pagi sehingga 7 malam.

Berkongsi resipi ‘Bangladesh’, katanya, air bancuhan teh perlu dimasak sehingga mendidih antara sejam sehingga dua jam bergantung kepada kuantiti.

“Kemudian air teh akan dipanaskan sekali lagi untuk dicampurkan dengan susu pekat sebelum memasukkan cincau dan ais,” katanya sambil menambah teh ais turut dijual tanpa cincau sebagai pilihan buat pelanggan.

Muhd Izzat berkata, perniagaan ‘Dhaka Teh Ais’ yang diusahakannya sejak awal bulan ini semakin berkembang sehingga tular di media sosial.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan menyukai kepekatan dan manis ‘Dhaka Teh Ais’ ni. Dari dua balang saya jual pada hari pertama, sekarang perlu siapkan untuk lebih 30 balang,” katanya sambil menambah teh ais dijual pada harga antara RM3 sehingga RM5.

Sumber: Mstar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais

Sekianlah artikel Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/beratur-panjang-beli-teh-ais-bangla.html

0 Response to "Beratur panjang beli Teh ais bangla, Dhaka Teh Ais"

Posting Komentar

wdcfawqafwef