UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan

UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan
link : UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan

Baca juga


UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program untuk membantu golongan gelandangan di seluruh Malaysia bermula tahun ini.

Sejumlah RM10,000 telah disumbangkan oleh RISDA untuk menjayakan Program Jejak Gelandangan  di lima rumah gelandangan di seluruh Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCAM, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata pihaknya bertungkus lumus untuk membantu golongan gelandangan di rumah Anjung Singgah dan sekitar Chow Kit dan Pudu di sini.

Katanya, langkah yang diambil dapat membantu golongan tersebut yang memerlukan bantuan tempat tinggal dan sara hidup untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila mereka mendapat tempat tinggal sendiri.

“Melalui sumbangan yang diberikan RISDA, pihak kami dapat memberi bantuan kelengkapan seperti pek makanan kering dan keperluan kebersihan diri selaras dengan objektif tanggungjawab sosial korporat UCAM”, katanya pada majlis pelancaran Program Jejak Gelandangan di Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai program tersebut, bantuan tambahan turut diberikan dalam bentuk latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan gelandangan.

Dari segi bilangan kes gelandangan, sebanyak 4,000 kes dilaporkan Yayasan Kebajikan Negara dan daripada jumlah tersebut, 2,000 kes dilaporkan di Anjung Singgah Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Rafek Reshidullah; dan Naib Canselor UCAM, Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan

Sekianlah artikel UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/ucam-teraju-program-bantu-golongan_26.html

0 Response to "UCAM Teraju Program Bantu Golongan Gelandangan"

Posting Komentar

wdcfawqafwef