EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
link : EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Baca juga


EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

tempat-makan-sedap-di-kelantan-jjcm tv3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya akan kongsikan pula tempat makan best di Kelantan yang menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Jom Kita lihat.

Betul ke senarai kedai makan menarik di Kelantan yang di bawah ni pernah dikunjungi oleh JJCM TV? Betul atau tidak anda boleh rujuk di Fanpage rasmi di JJCM TV 3.

6 Tempat Makan Best Di Kelantan Pilihan JJCM TV3 Tahun 2015

tempat-makan-sedap-di-kelantan-jjcm tv3

Destinasi kedai makan di bawah ini telah diterjah oleh kru-kru TV3 pada awal tahun 2015. Masih baru dan panas.

1. Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok)

restoran jjcm kelantan sedapLokasi Makan Nasi Kuning ini terletak di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan dan bersebelahan dengan jalan besar sahaja. Mungkin anda tertanya-tanya, apa benda Nasi Khoumok? Khoumok ni gemuk ke? 🙂

Bukan. Khoumok ni kalau nak senang cerita maknya kuning lah. Sebab nasi dia warna kuning dan nama Khoumok ni entah darimana datangnya.

Nasi Khoumok ni menjadi kuning sebab ada campuran rempah-rempah ciptaan keluarga peniaganya sendiri yang kini menjadi hidangan menu utama di Kedai Makan Nasi Kuning.Nasi Khoumok ni dimakan dengan air ladanya dan lauk samaada ayam goreng atau pun gulai. Kalau di sini, sepinggan nasi khoumok dan ayam goreng berempah sekitar RM 5.50 sahaja. Murah.

tempat makan sedap di kelantanSelain menu Nasi Khoumok, antara makanan yang turut menjadi pilihan pelanggan di sini ialah Collek Pokwa (Rojak Buah) yang berharga sekitar RM 5.00 sepinggan. Dan yang unik, cara makan Collek Pokwa ni bukan sahaja dimakan dengan sos hitam (collek) sahaja malah turut serta sekali dengan taburan gula, garam dan cili serbuk.

Antara buahan yang diguna di dalam sepinggan Collek Pokwa ni ialah jambu batu, nenas, pelbagai jenis mangga atau lebih sinonim di sini dipanggil buah pauh.

AlamatKedai Makan Nasi kuning (Khoumok), Lot 2577, Kampung Gua Tinggi, Jalan Lebuhraya, 17200, Rantau Panjang, Kelantan. Tel: 014-500 339


2. Warung Pok Mat Pulau Pisang

restoran pok mat pisang kelantanSatu lagi destinasi makan yang best yang pernah menjadi terjahan Jalan Jalan Cari Makan TV3 di Kelantan ialah di Warung Pok Mat yang terletak di Kedai Buloh KB.

Kedai ini dikatakan popular dengan sup kepala ikan yang dibuat daripada resipi turun termurun Pok Mat itu sendiri. Yang menariknya pasal sup kepala ikan, dalam sup dia tu siap ada isi tulang gear box. Memang lemak berkrim jadi dia. Harga dan saiz kepala ikan kerapu yang digunakan juga pelbagai.

Ada yang semangkuk RM 40, RM 70 dan ada yang sehingga RM 100 kalau saiznya besar. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk sekali santapan, namun kedai ini memang tak lekang dengan pengunjung yang nak merasa keunikan sup kepala ikan Pok Mat ni.

teh ais madu kelantanWarung Pok Mat ni dibuka seawal jam 8 pagi dan kalau nak rasa sup kepala ikan pagi-pagi memang sudah ada siap tersedia. Dan minuman yang menjadi pilihan orang di yang ke sini ialah Teh Madu Tualang. Dia punya buih memang sangat banyak dan nampak menyelerakan.

Selain sup ikan di sini juga ada menyediakan menu makanan lain seperti kari ikan Kelantan, gulai ikan, gulai ayam dan daging goreng korban Pok Mat. Daging goreng korban ni bukanlah daging untuk hari raya korban tetapi memang nama dia macam tu. Menurut Pok Mat setiap hari sebelum pukul 3 petang, mesti daging korban ini akan habis.

AlamatWARUNG PAK MAT,Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan


3. MALIS Cafe & Restaurant

malis kafe kelantan bestKalau di Kota Bharu, pilihan nak makan sedap ala western memang susah sikit dan tidak seperti di area Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mempunyai pelbagai jenis kedai makan western.

Namun itu tidak bermakna di KB tiada langsung makanan western yang menarik yang pernah menjadi terjahan kru Jalan Jalan Cari Makan TV3. Ada ! Iaitu di Malis Cafe & Restaurant yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

jalan jalan cari makan kelantanAntara menu makanan pilihan orang yang berkunjung ke Malis Cafe ni ialah pasta-pasta, tomyam siakap, ayam mongol, chicken chop, mongolian bbq chickendan menu menu western lain yang selalu kita dengar. Selain western, Malis Cafe juga ada menyediakan menu makanan tempatan seperti nasi putih dan lauk pauk yang menarik contohnya Ikan Tenggiri Kicap Nampla.

Ikan Tenggiri Nampla ni merupakan menu yang sangat popular di Kelantan dan Thailand khususnya. Kicap Nampla ni merupakan kicap yang berasaskan ikan dan sotong. Kalau dalam gorengan ala Thai, kicap nampla ni wajib ada sebagai bahan masakan wajib. Kalau anda mahu mencari tempat makan best di Kelantan ala western, jangan lupa singgah di Pasir Pekan, Wakaf Bharu.

Alamat: MALIS CAFE & RESTAURAN, Lot 2907, Tingkat Bawah SBJ, (Depan Pasaraya Salamku), Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.


4. Restoran By T Laksam

tempat makan best kota bharuSatu lagi tempat makan yang sedap di Kota Bharu ialah di Restoran By T Laksam yang terletak di Kampung Panji, Kota Bharu. Restoran ini memang popular di kalangan masyarakat tempatan yang nak makan laksa dan laksam yang sedap dan kedai makan ini telah bertapak di sini lebih 16 tahun ! Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 3 petang sehinggalah ke 10.30 malam dan akan cuti setiap hari Sabtu.

Antara menu yang menjadi pilihan dan menjadi best seller dish ialah Laksam Special ! Laksam Special ni seperti makan burger special di mana ada tambahan bahan-bahan penyedap yang lain seperti telur dan double cheese. Tapi kalau Laksam Special ni pula, yang membuatkannya special daripada yang biasa, sebab ada telur puyuh dan serunding.

Kalau orang luar mungkin Laksam ni sesuatu yang baru bagi mereka. Laksam ni agak berbeza dari Laksa biasa. Dan yang membezakannya ialah mee dia ! Dan benda yang paling penting yang menentukan sedap ke tidak laksam itu bukan terletak pada telur puyuh dan serundingnya, tetapi kuah ikannya. Bukan senang nak cari kuah ikan yang betul-betul pekat dengan isi ikan dan permainan santan dan rasa rempah yang sebati dengan secukupnya.

Alamat: RESTORAN BY-T LAKSAM, Lot 1136, Jalan Raaja Perempuan Zainab 2, Kampung Panji, Kota Bharu


5. Restoran Maraschino

restoran menarik popular kelantanKalau nak mencuba Green Curry yang popular di Kelantan, Restoran Maraschino pasti akan terpancul dari mulut orang setempat. Menurut tuan punya kedai, resepi yang digunakan untuk masak green curry di sini menggunakan resipi asal dari tuan pemilik green curry ( siapalah agaknya tuan punya green curry ni ek? )

Dan segala rempah, cili dan bahan-bahan untuk membuat green curry di sini bukannya dibeli di kedai yang dalam paket, tetapi dibuat dan digiling sendiri daripada bahan yang raw ! Fresh dan asli itulah resepi kesedapan Green Curry di sini.

Selain Green Curry, di sini juga ada menghidangkan makanan lain seperti western, kek-kek dan kopi-kopi yang pelbagai jenis dan unik. Salah satu tempat makan yang memang menarik untuk lepak dan buat assignment.

Antara menu pelik yang diketengahkan di dalam JJCM TV 3 di sini ialah Shibuya Toast serta Almond Custed Fish. Kalau nak tahu macam mana rasa badam yang digoreng dengan ikan, bolehlah ke sini. Dan yang menariknya, kalau anda nak belajar buat menu masakan yang pelik-pelik di sini, pihak Restoran Maraschino turut mengadakan kelas masakan setiap minggu. Kalau nak join kenalah prebook dahulu.

AlamatRESTORAN MARASCHINO, PT154, Pusat Perkedaian Baru, Rantau Panjang, Kelantan. 09-795 3448


6. Restoran Nasi Kerabu 2mis JB

nasi kerabu tumis kelantanDatang ke Kalantan kalau tak pekena nasi kerabu memang ibarat naik motor tidak bertayar. Salah satu tempat makan best di Kelantan yang menghidangkan menu Nasi Kerabu ialah di Restoran Nasi Kerabu 2mis di Kampung Khatib Ali yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi sehinggalah ke pukul 3 petang.

Selain nasi kerabunya yang memang sedap, anda boleh upgrade nasi kerabu anda dengan hidangan tambahan seperti ikan bakar, daging bakar, lidah bakar dan kambing bakar. Siap ada sos kicap lagi.

Nama 2mis tu datang dari perkataan TUMIS. Sesetengah nasi kerabu yang ada di pasaran tidak mempunyai sambal tumis dan kalau makan tiada sambal mana ada kick ! Dan yang membezakan kesedapan nasi kerabu itu semestinyalah datang dari resepi sambal tumisnya.

Selain nasi kerabu, ada juga hidangan lain seperti nasi berlauk gulai ayam. Menu masakan wajib di setiap pagi bagi orang Kelantan.

AlamatRESTORAN NASI KERABU 2MIS JB, Lot 1328-B, Kg.Khatib Ali, Kota Bharu.


Itulah dia 6 tempat makan best dan sedap di Kelantan yang menjadi terjahan kru Jalan Jalan Cari Makan di TV3 yang terbaru. 6 kedai makan yang menarik dan unik di atas telah diterjah pada awal tahuun 2015. Selamat mencuba !

sumber: caridestinasi


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Sekianlah artikel EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3 dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/exclusive-6-tempat-makan-paling-best-di.html

0 Response to "EXCLUSIVE! 6 Tempat Makan PALING BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3"

Posting Komentar

wdcfawqafwef