Judul : 'Gaji mereka bukan murah'
link : 'Gaji mereka bukan murah'
'Gaji mereka bukan murah'
Kuala Lumpur: “Untuk apa membazir, jurulatih tempatan juga berkualiti dan bagus.”
Itu pandangan Bakri Ibni yang menganggap kecenderungan pengurusan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan kepakaran luar sebagai langkah kurang tepat.
Bakri, 65, yang juga bekas pemain negara serta pernah melatih skuad Harimau Malaya selaku penolong jurulatih bersama Rahim Abdullah pada 1991, berpandangan FAM bagaikan sudah lupa sejarah apabila kehadiran jurulatih import sebelum ini langsung tidak berjaya mengubah nasib bola sepak tempatan.
Bermula dengan kehadiran pengendali Perancis Claude Le Roy pada 1994 sebelum FAM membawa masuk Hatem Souissi (Tunisia), disusuli Allan Harris (England) dan Bertalan Bicskei (Hungary) semuanya gagal memberi jawapan kepada kemerosotan pasukan kebangsaan.
Sebaliknya, selepas badan induk itu membuka peluang kepada jurulatih tempatan untuk membimbing skuad negara pada 2007 sudah banyak kejayaan dilakar seperti menjuarai Piala AFF 2010 serta dua kali memenangi emas Sukan SEA 2009 dan 2011.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 'Gaji mereka bukan murah'
Anda sekarang membaca artikel 'Gaji mereka bukan murah' dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/gaji-mereka-bukan-murah.html
0 Response to "'Gaji mereka bukan murah'"
Posting Komentar