Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya

Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya
link : Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya

Baca juga


Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya

PUTRAJAYA – Ditumbuk di kepala hanya kerana beri jawapan yang salah ketika menjawab soalan bahasa inggeris, menyebabkan ibu kepada murid darjah tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya, membuat laporan polis. 

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu  di dalam kelas, apabila anaknya, Adam Mikhael Mubashir, 9, ditumbuk guru terbabit di bahagian kepala sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan bahagian belakang pinggang anaknya  terkena bucu meja. 

Selain dari ditumbuk, mangsa juga diminta berdiri sehingga tamat waktu kelas. 

“Saya terkilan anak saya diperlakukan sehingga begitu. Saya ada bertemu dengan guru besar tetapi dia kata akan pantau guru itu dan anak saya. Tetapi tiada apa-apa tindakan dikenakan terhadap guru berkenaan. Hanya anak saya diberi kaunseling,” katanya, memetik dari laporan Free Malaysia Today. 

Menurut Syaheerah, disebabkan kejadian itu anaknya mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak. Adam Mikhael juga tidak berani hadir ke sekolah akibat trauma dan takut dengan guru berkenaan. 

“Guru besar hanya memaklumkan akan memindahkan guru itu ke kelas lain dan tidak mengajar di kelas anak saya. Tetapi masih satu sekolah sebab waktu rehat akan jumpa cikgu itu,” katanya dalam sidang media di Presint 11, Putrajaya, petang tadi. 

“Adam pesan pada saya, jangan beritahu kejadian itu kepada pihak sekolah kerana dia takut dengan guru itu,” tambahnya lagi. 

Ekoran kejadian itu, Syaheerah membuat laporan polis di IPD Putrajaya Jumaat lalu kerana bimbang dengan keselamatan anaknya. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan, mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Sumber


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya

Sekianlah artikel Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/ibu-dakwa-kepala-anaknya-ditumbuk-guru_17.html

0 Response to "Ibu dakwa kepala anaknya ditumbuk guru sekolah di Putrajaya"

Posting Komentar

wdcfawqafwef