‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar

‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar
link : ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar

Baca juga


‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar

BRAZIL – Seorang wanita yang otaknya sudah tidak lagi berfungsi (brain dead) disimpan untuk hidup selama 123 hari kerana kehamilannya, sebelum doktor sempat menyambut kelahiran bayi kembarnya yang sihat secara pembedahan. 

Frankielen da Silva Zampoli Padilha, 21 dari Campo Largo, meninggal dunia semasa hamil sembilan minggu selepas mengalami strok secara tiba-tiba dan maut. 

Melihat jantung embrio di dalam rahimnya masih bernafas, para doktor memberikan usaha yang terbaik bagi memastikan si ibu terus hidup. 

Suaminya, Muriel Padilha, 24, berkata, “Saya dalam perjalanan pulang dari kerja Oktober lalu apabila Frankielen menelefon dan merayu agar saya segera pulang ke rumah. 

“Dia kata kepalanya sangat sakit. Saya nasihatkan dia makan ubat tetapi dia menjelaskan bahawa dia mengalami kesakitan yang amat teruk di belakang lehernya sehingga membuatkan dia rasa mahu pengsan,” katanya. 

Apabila tiba di rumah, Muriel mendapati isterinya menangis, menggigil dan muntah, lalu segera membawanya pergi ke hospital. 

“Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia berkata, ‘saya nak awak bersedia untuk menerima ini kerana saya akan tinggal di situ dan tidak akan kembali lagi.’.sebelum dia pengsan dan itulah kata-kata terakhir yang dia ucapkan serta kali terakhir saya melihat dia masih bernyawa,” kata Muriel. 

Setelah didiagnosis, Frankielen mengalami pendarahan dalam otak yang agak teruk. Selepas tiga hari menjalani ujian dan imbasan, doktor mengisytiharkan otak Frankielen sudah tidak lagi berfungsi dan Muriel dimaklumkan bayi kembarnya dalam kandungan isterinya mungkin tidak dapat bertahan. 

“Doktor memaklumkan yang mereka akan memberi tempoh selama tiga hari untuk kandungannya kerana mereka telah menjalani CT scan terhadap isteri saya beberapa kali, mengubatinya dengan ubat-ubatan yang kuat serta memberinya antibiotik. 

“Sebaik saja jantung dalam kandungannya sudah tidak lagi berdenyut, mereka akan matikan alat sokongan dan saya boleh kebumikan isteri,” katanya. 

“Kami buat ultrasound pada embrio dan menyangka kandungan Frankielen sudah tidak bernyawa. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mereka masih hidup. Organ-organ Frankielen semuanya juga masih baik dan berfungsi seolah-olah dia masih bersama kami. 

“Kami buat keputusan untuk menjaga dan memastikan dia terus hidup untuk menyelamatkan bayi kembarnya sehingga cukup masanya kelak. Dan setiap hari kami akan memantau perkembangan mereka,” kata Doktor Dalton Rivabem, Ketua ICU Neurologi di hospital berkenaan. 

Para doktor, jururawat dan ramai lagi pegawai perubatan merancang rutin untuk bernyanyi, bercakap dan membelai perut si ibu. 

Ahli Terapi Muzik, Erika Checan, berkata, “Kami menemui lagu kanak-kanak dan memainkannya untuk bayi kembar di rahim Frankielen. Malah kami juga membuat lagu secara eksklusif untuk mereka. 

“Kami juga menghiasi kawasan sekitar katil Frankielen. Ianya penuh dengan kasih sayang dan galakan untuk bayi dan keluarga mereka untuk berjaya,” katanya.

Doktor juga menghubungi doktor di hospital yang lain di Portugal, yang mempunyai beberapa kes yang sama sebelum ini di mana janin dibesarkan selama 107 sebelum dilahirkan. 

“Ada kes lain tetapi kes kami adalah yang paling lama dengan 123 hari, empat bulan dan kami bermula dengan embrio si ibu yang berusia dua bulan. Salah satu kebimbangan utama kami adalah untuk menjaga fungsi organ berterusan dan memastikan bayi dalam kandungannya terus berkembang dan berkembang, sehingga bayi kembar itu selamat dilahirkan,” kata Doktor Rivabem. 

“Kejayaan kes ini adalah hasil kerjasama dari pasukan yang hebat,” katanya lagi. 

Bayi kembar, Ana Vitoria dan Asaph dilahirkan dengan berat masing-masing 3 kg dan 2.9 kg. Kedua-duanya dimasukkan ke inkubator selama tiga bulan dan kini dijaga oleh Angela Silva, ibu kepada Frankielen Padilha, selain dari turut menjaga anak perempuan pasangan itu yang berusia dua tahun.

Muriel dan ibu mertuanya, Silva

“Saya sangat banga dengan anak saya. Meskipun sukar menerima hakikat kehilangannya tetapi dia adalah pejuang sehingga nafas terakhirnya, melindungi anak-anaknya yang cantik dan memberi mereka kehidupan sehingga saat dia pergi buat selama-lamanya,” kata Silva. 

“Frankielen banyak menampakkan dirinya pada saya dalam pelbagai bentuk terutamanya ketika saya berputus asa dan menangis agar Tuhan kembalikan dia kepada saya. Satu malam, dia duduk di atas katil saya dan berkata, 

“Sayang, saya tak boleh kembali kepada awak lagi. Saya kini berada di tempat yang indah dan perlu kekal di sini. Awak ada tanggungjawab yang besar untuk digalas dan awak perlu jaga anak-anak kita. Awak perlu tabah dan teruskan kehidupan awak…”

“Frankielen orang yang baik dan penyayang. Saya percaya Tuhan pilih dia untuk ini agar keajaiban dapat berlaku,” katanya. 

Sumber


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar

Sekianlah artikel ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/saya-nak-awak-bersedia-saya-takkan.html

0 Response to "‘Saya nak awak bersedia, saya takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar"

Posting Komentar

wdcfawqafwef