Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas

Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas
link : Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas

Baca juga


Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas

CAMERON HIGHLANDS: Pelbagai janji ditaburkan Pakatan Harapan sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan rakyat, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata ini terbukti apabila janji pakatan pembangkang yang ditabur pada pilihan raya umum yang lalu masih tidak ditunaikan sehingga hari ini walaupun mendapat kuasa memerintah di beberapa negeri.

"Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi kestabilan ekonomi dan politik serta sudah terbukti mampu menjaga kebajikan rakyat serta kemakmuran negara sehingga ke hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BACA: Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

BACA: 

MyPPP akan tampil calon disukai dan mendapat sokongan akar umbi - M.Kayveas

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjumlah RM500,000 kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan, rumah ibadat, sekolah serta rumah anak yatim dari Cameron Highlands, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Kayveas yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan mengambil contoh, sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membelanjakan sejumlah wang untuk meningkatkan industri pengangkutan awam di negara ini.

Beliau berkata projek Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dilaksanakan kerajaan adalah demi meningkatkan kualiti hidup seterusnya memberi kemudahan pengangkutan selesa kepada rakyat.

Sehubungan itu Kayveas mengingatkan rakyat agar jangan mudah terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang hanya pandai membuat janji-janji manis tetapi tidak mampu melaksanakannya.

Berhubung sumbangan itu, beliau berkata: "Terima kasih kepada perdana menteri dan ICU yang prihatin terhadap rakyat kerana dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkenaan untuk melaksanakan program atau aktiviti masing-masing”.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas

Sekianlah artikel Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/janji-pakatan-harapan-hanya-mainan.html

0 Response to "Janji Pakatan Harapan hanya mainan politik raih simpati - Kayveas"

Posting Komentar

wdcfawqafwef