Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh

Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh
link : Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh

Baca juga


Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah mempunyai pendapatan sengaja memilih untuk tidak membayar hutang mereka walaupun mampu berbuat demikian.

Katanya, kaji selidik Bank Negara menunjukkan segelintir peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman PTPTN, pada masa sama mampu menjelaskan pinjaman-pinjaman mereka yang lain termasuk pinjaman kenderaan dan perumahan.

"Bank Negara ada jumpa saya, mereka tunjuk satu kajian yang mereka sendiri buat, mengikut kajian itu, orang tidak bayar PTPTN, tetapi pada masa yang sama mereka membayar pinjaman kereta, rumah dan kad kredit.

"Kerana apa (tidak bayar PTPTN). Sebab tak nak, bukan sebab mereka tidak mampu," katanya dalam sesi taklimat di Bengkel Latihan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini hari ini.

Beliau mengulas soalan peserta program berkenaan yang mahu tahu kewajaran peminjam PTPTN disenarai hitamkan oleh Bank Negara.

Justeru, Idris berkata PTPTN perlu lebih tegas terhadap peminjam yang ingkar, namun tidak sehingga menganiaya peminjam.

"Sesiapa yang rasa dianiayai boleh berbincang dengan PTPTN. Saya akan bela pelajar itu sendiri," katanya yang turut menasihatkan mereka yang menghadapi masalah untuk membayar supaya tidak berdiam sebaliknya berbincang dengan pihak PTPTN sebelum tindakan diambil terhadap mereka.

Kepada satu soalan lain, Idris menegaskan bayaran yuran bagi universiti awam di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia dan sejak beliau menjadi menteri tiada kenaikan dikenakan sehingga kini.

"Yuran kita paling tinggi pun sekitar RM3,000, kos sebenar RM30,000. Jadi hanya 10 peratus sahaja bayar. Universiti Teknologi Mara pula yuran hanya RM400 satu semester," katanya yang menyifatkannya sebagai satu caj yang amat berpatutan.

Beliau secara sinis turut mengkritik pembangkang yang kononnya mahu menyediakan pendidikan percuma, namun masih tidak mampu berbuat demikian walaupun di Universiti Selangor (UNISEL), seliaan kerajaan negeri pembangkang di Selangor.

"Pembangkang janji pendidikan percuma pada pilihan raya lalu. Selangor negeri terkaya di Malaysia, tetapi kalau tak kerana saya arahkan PTPTN masuk tolong mereka, UNISEL pun tutup.

"Jangan cakap sahaja, dia (pembangkang) cakap kerana nak mengapi-apikan pelajar kita. Kalau nak buat di UNISEL dahulu," tambahnya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh

Sekianlah artikel Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/peminjam-ptptn-sengaja-tidak-jelas.html

0 Response to "Peminjam PTPTN sengaja tidak jelas hutang - Idris Jusoh"

Posting Komentar

wdcfawqafwef