Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda

Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda
link : Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda

Baca juga


Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda

KUALA LUMPUR – Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang akan berlangsung di Putrajaya sempena Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan mulai 21 hingga 23 Julai ini bakal menjadi platform bagi menyemai rasa cinta generasi kedua Felda kepada projek tanah rancangan itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata program tiga hari itu akan diisi dengan pelbagai maklumat mengenai Felda terutamanya penglibatan kaum bukan Melayu sebagai peneroka dalam tanah rancangan Felda di seluruh negara — fakta yang kurang didedahkan sebelum ini.

“Karnival ini akan mempertontonkan sejarah pembukaan tanah rancangan Felda ini daripada mula sehingga sekarang. Rasa cinta tidak boleh dipaksa tetapi ia perlu datang dari hati yang insaf dengan menyedari asal usul kita.

“Apabila mereka (generasi kedua) melihat sendiri sejarah Felda ini, saya yakin rasa cinta dan sayang akan lahir dengan memahami semangat muafakat generasi terdahulu ketika membersihkan kawasan hutan untuk penanaman kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Ekspresi Khas terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Mengulas mengenai aktiviti menarik sepanjang karnival yang berlangsung di hadapan Istana Kehakiman, Shahrir berkata terdapat acara jualan murah, pameran dan jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan dan program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’.

Menurutnya pengisian pada hari pertama karnival ialah pertandingan futsal melibatkan 54 kawasan Parlimen yang ada tanah rancangan Felda, program Felda berselawat dan forum perdana bertajuk ‘Bakti Disemai, Bukti Dituai’ pada Jumaat, 21 Julai.

“Pada hari kedua karnival, aktiviti yang akan berlangsung ialah ‘fun run’ dan zumba, autoshow, program bicara Transformasi Nasional 2050 (TN50), pertandingan zapin dan dikir barat serta konsert Ekspresi Negaraku yang akan dijayakan oleh artis-artis terdiri anak-anak Felda,” katanya.

Beliau yang turut mengalu-alukan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat ke karnival berkenaan menjangkakan kehadiran lebih 50,000 pengunjung, iaitu peningkatan sekali ganda berbanding penganjuran di Jengka, Pahang tahun lepas.

“Sudah pasti karnival kali ini berbeza daripada sambutan sebelum ini kerana kita mahu semua rakyat berkumpul atas semangat Negaraku dan pemilihan lokasi Putrajaya amat simbolik kerana kita mahu semua rakyat termasuk warga Felda menjejakkan kaki ke Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran negara,” katanya.

Ditanya mengenai strategi Felda berhadapan pelbagai fitnah serta tohmahan sehingga mencalarkan imej peneroka dan Felda, Shahrir berkata Felda memiliki satu pasukan khas yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan segera untuk menjawab segala isu berbangkit khususnya di media sosial.

“Kita bukan hanya bercakap tetapi pelbagai tindakan akan diambil bagi membuktikan kejayaan Felda, bukan hanya duduk menafikan sahaja tetapi kerap turun padang berjumpa peneroka,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Felda sentiasa menyampaikan khidmat yang terbaik kepada peneroka dari semasa ke semasa termasuk memastikan pembayaran hasil kepada peneroka dijelaskan tepat pada masanya selain memastikan kebajikan kesemua peneroka tidak diabaikan sejajar dengan matlamat asal Felda untuk membasmi kemiskinan tercapai.

Katanya, beliau sentiasa memperkukuhkan hubungan baik antara pihak pengurusan Felda dan peneroka bagi merasai sendiri denyut nadi golongan itu.

Felda sehingga ini telah membantu lebih daripada 110,000 keluarga peneroka dengan 1.2 juta tanggungan untuk keluar daripada kemiskinan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda

Sekianlah artikel Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/karnival-platform-semai-rasa-cinta.html

0 Response to "Karnival Platform Semai Rasa Cinta Generasi Kedua Felda"

Posting Komentar

wdcfawqafwef