Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini

Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini
link : Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini

Baca juga


Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini

(Foto Hiasan)
Orang kata dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Ya, memang betul. Wang yang kita dapat mestilah dikongsi juga dengan orang lain melalui sedekah. Dan, apabila mahu bersedekah pula, jangan lupakan orang yang paling dekat dalam hidup kita iaitu ibu dan mereka, mereka lah yang paling utama.

Satu kisah yang dipetik dari facebook IIUM Confessions, seorang lelaki yang menggunakan nama Along berkongsi cerita yang benar-benar berlaku dalam hidupnya. Di mana, dia merupakan seorang yang suka bersedekah kepada orang lain, namun berkira untuk bersedekah kepada ibu bapanya sendiri. Lihat balasan yang Allah timpakan kepadanya.

Baca kisah di bawah:

Aku Along, anak sulung dari enam adik beradik. Ayah kakitangan kerajaan yang berkelulusan sijil. Mak pula suri rumah.

Hidup kami tidak mewah. Tapi alhamdulillah. Tidak pernah merasa tidak cukup. Minta saja apa apa, memang mak ayah akan usahakan.

Ayah sangat bekerja keras. Balik kerja ayah akan cepat-cepat masuk dapur untuk buatkan kek dan hantar ke kedai-kedai berhampiran.

Tapi bila dah besar baru tahu rupanya mak ayah sampai pinjam-meminjam dengan saudara mara kerana mahu penuhi hajat anak-anak.

Sebagai anak sulung aku memang bertanggungjawab untuk mengubah nasib keluarga aku. Aku mahu tolong bayar hutang mak ayah aku, baiki rumah, belikan kereta, bawa mak jalan-jalan.

Itulah impian aku sejak aku kecil. Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan aku. Habis degree terus dapat kerja. Campur elaun, jumlah gaji bulanan aku hampir tiga ribu.

Awal-awal dapat gaji dulu, aku bagi separuh gaji aku kepada mak ayah aku buat belanja beli barang rumah.

Semakin lama aku kerja, semakin aku banyak belajar yang kita kena beranakkan duit kita, perlu melabur, perlu menyimpan, perlu buat bisness. Semakin lama aku makin ketagih.

Aku melabur sana, aku melabur sini. Aku menyimpan sana, aku menyimpan sini. Aku buat bisnes itu, aku buat bisnes ini.

Kalau aku kira balik, pendapatan kasar aku boleh mencecah RM5K sebulan. Tapi satu kesilapan aku, semakin besar pendapatan aku semakin aku kedekut dengan mak ayah aku.

Dari awal-awal kerja aku bagi separuh gaji. Lama kelamaan aku kurangkan bagi RM300 je. lepas tu aku kurangkan jadi RM150, kurangkan lagi bagi RM100 saja.

Kau bayangkan, dari gaji aku yang nak mencecah RM5K, aku bagi RM100 je kepada mak ayah aku. Berapa peratus sangat tuh?

Baki duit tu pergi mane? Aku pergi melabur, simpan, sedekah sana sini, pergi seminar untuk naikkan bisnes aku.

Tapi aku pelik, semakin banyak aku bekerja, semakin aku tidak cukup. Sampailah bulan lepas, ayah aku whatsapp nak pinjam duit 500 ringgit untuk beli handphone.

Dada aku dah mula sesak dah ni. Kalau aku bagi RM500 kat ayah aku, larilah bajet pelaburan aku. Aku minta ayah aku masa sehari nak fikir.

Hati aku dalam dua. Semalaman aku berfikir. Nak bagi ke tak nak. Akhirnya aku paksa juga untuk bagi. Tidak mengapa. Nanti ada lah tu rezeki lain.

Bila aku log in saja online banking aku, terus datang perangai syaitan aku. Akhirya aku batalkan dan cakap kepada ayah aku yang aku tidak ada duit. Sedangkan ketika itu dalam bank aku ada baki lagi RM1500, dan lagi seminggu nak masuk gaji.

Otak aku dah fikir. Duit-duit ni nanti aku nak 'biakkan'. Nanti aku kaya, boleh dapat banyak duit.

Tapi sungguhlah, Allah tu nak uji sekejap saja. Keesokkan harinya, duit aku hilang, dan malamnya aku kemalangan. Aku selamat tapi kerete aku teruk. Aku kena tipu dengan customer.

Akhirnya baki duit RM1500 tu habis bayar baiki kereta saja. Tidak cukup dengan itu, sejak hari tu satu demi satu masalah.

Hati tak payah cakap memang kusut habis. Semua benda rasa tak kena. Bertong-tong air mata aku keluar.

Sampailah semalam aku singgah dekat masjid terdengar tok imam cakap.

"Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Kadang kala kita sibuk sedekah sana sini, tapi kita kedekut dengan mak ayah kita, kita berkira nak keluarkan duit untuk mak ayah kita, sedangkan mak ayah kita tak pernah berkira dengan kita."

Terus aku menangis dekat situ jugak. Aku setiap hari aku sedekah sebab sifu bisnes aku beritahu kita kene sedekah setiap hari untuk tambahkan lagi rezeki.

Tapi aku lupa yang sebaik-baik sedekah adalah untuk ahli keluarga sendiri dulu. Apalah sangat lima ratus ringgit tu kalau dibandingkan dengan jasa mak ayah kita selama ini.

Keluar dari masjid aku rasa nak peluk mak ayah aku, nak mintak maaf dengan mereka. Patutlah rezeki aku terhalang selama ini, rupa-rupanya sebab aku dah lukakan hati mak ayah aku.

Aku tak sabar nak tunggu hari minggu ni. Aku nak balik, aku nak jumpa mak ayah aku, aku nak betulkan kesilapan besar dalam hidup aku ni.

Doakan aku ye kawan-kawan, dan korang pun janganlah buat kesilapan yang aku dah buat ni.

Kita sama-sama jadi anak soleh ya!



First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini

Sekianlah artikel Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kerana-kedekut-dengan-ibu-bapa-lihat.html

0 Response to "Kerana Kedekut Dengan Ibu Bapa, Lihat Balasan Yang Diterima Pemuda Ini"

Posting Komentar

wdcfawqafwef