Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati

Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati
link : Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati

Baca juga


Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati

SEPANG: Pergerakan Puteri UMNO perlu mendominasi media sosial bagi memenangi hati rakyat dengan fakta dan kebenaran dalam mendepani persaingan era baharu politik yang terbuka dan mencabar, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Beliau berkata ledakan teknologi maklumat menuntut anggota Puteri bergerak seiring perkembangan semasa agar dapat menangani perbuatan pembangkang melakukan propaganda dan fitnah secara tersusun, berfakta dan berhemah.

Katanya, politik bersifat arah dan kawal yang menjadi strategi ampuh sejak sekian lama melalui pelaporan di media konvensional tidak lagi mudah diterima menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang khususnya oleh kalangan pengundi muda.

"Dalam era politik langit terbuka kini, kita tidak boleh lagi bergantung kepada cara politik lama untuk mendominasi rakyat, sebaliknya perlu turut serta bertempur di arena sama dengan kaedah yang digunakan pihak lawan.

"Kita harus sedar PRU ini cabarannya berbeza dan perlu bersedia mendepaninya dengan menguasai kecenderungan generasi muda mendapatkan maklumat seperti di laman Facebook, Twitter atau WhatsApp dan Instagram," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sepang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Sepang Datuk Marsum Paing dan Ketua Puteri UMNO Sepang Siti Zubaidah Abu Bakar.

Mas Ermieyati berkata penguasaan media sosial sangat penting terutama ketika pihak pembangkang dilihat terus menggunakan Internet untuk menaburkan dakwaan tidak benar membabitkan kerajaan.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati sependapat dengan saranan dalam persidangan itu bahawa sudah tiba masanya bagi anggota-anggota UMNO diberi keistimewaan untuk mendapatkan kuota pekerjaan dalam sektor awam dan pemilikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO.

Menurutnya isu perumahan sentiasa sentiasa dekat dengan pergerakan itu dan diperjuangkan oleh Puteri UMNO sebagai sebahagian usaha dalam menghargai kesetiaan dan peranan yang dimainkan setiap anggotanya.

"Sebagai tunjang kepada keutuhan kerajaan, tidak keterlaluan kalau saranan itu diperkenankan kerana tanpa perjuangan dan pengorbanan tersebut kekuatan yang ada sukar dipertahankan," katanya.-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati

Sekianlah artikel Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/kuasai-media-sosial-depani-cabaran.html

0 Response to "Kuasai media sosial depani cabaran politik baharu - Mas Ermieyati"

Posting Komentar

wdcfawqafwef