MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS

MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS
link : MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS

Baca juga


MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS

KUALA LUMPUR: Yayasan AIDS Malaysia (MAF) akan mempergiatkan kempen kesedaran HIV dan AIDS berikutan peningkatan kes HIV dalam kalangan anak muda pada tahun lepas, kata pengerusinya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Berdasarkan data diperoleh daripada Kementerian Kesihatan, beliau berkata golongan muda berusia antara 20 hingga 29 tahun mencatat kes HIV tertinggi iaitu 1,356 kes tahun lepas berbanding 1,232 kes pada 2015.

"Golongan yang menjalin hubungan seks sejenis (homoseksual), mengamalkan hubungan seks rambang secara tidak selamat (tidak menggunakan kondom) serta penagih mencatat peningkatan kes HIV tahun lepas dan angka ini sangat membimbangkan," katanya pada sidang media selepas acara larian 'Hot and Cold' anjuran MAF dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Turut hadir ialah Duta Yayasan AIDS Malaysia yang juga pelakon, Fahrin Ahmad dan penyanyi Najwa Latif.

Dr Adeeba berkata selain menyuntik kesedaran mengenai HIV dan AIDS, program larian 'Hot and Cold' yang pertama kali diadakan di UM itu turut mengumpul dana bagi membantu golongan pesakit HIV dan AIDS.

Dalam pada itu, beliau berkata MAF juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membantu pesakit beragama Islam menerusi bantuan Baitulmal dan zakat, di samping memberi kesedaran rohani.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS

Sekianlah artikel MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/maf-pertingkat-kesedaran-mengenai-hiv.html

0 Response to "MAF pertingkat kesedaran mengenai HIV, AIDS"

Posting Komentar

wdcfawqafwef