Judul : Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos
link : Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos
Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos
Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Sehubungan itu, Ramli berkata, dengan pelanjutan yang bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta supaya berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi.
"Keperluan perintah berkurung diteruskan adalah untuk memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Berdasarkan siasatan, katanya, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Ramli berkata perintah berkurung itu juga diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan Esszone.
Menurutnya, perintah berkurung itu turut memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di kawasan sekitar mereka.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah terlibat untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung," katanya.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Appear first on Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos
Anda sekarang membaca artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjut.html
0 Response to "Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 10 Ogos"
Posting Komentar