PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia

PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia
link : PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia

Baca juga


PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu badan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meneruskan kemakmuran dan kemajuan di negara ini.

Sambil menyatakan keazaman untuk terus membawa kemajuan kepada Malaysia, beliau berkata kerajaan memerlukan dukungan pelbagai pihak untuk melaksanakan pelbagai agenda pembangunan negara.

"If you (NGO) with me, support me all the way (Jika anda (NGO) bersama saya, sokong saya berterusan), insyaAllah Malaysia akan jadi sebuah negara yang makmur dan lebih berjaya di persada antarabangsa," katanya pada majlis jamuan 'Solidariti Bersama Perdana Menteri' anjuran Persatuan Amalan Minda Cergas Malaysia (AMC) di sini malam tadi.

Beliau menjadikan kejayaan projek MRT yang telah siap sebagai bayangan kepada banyak lagi kemajuan yang bakal dinikmati rakyat pada masa depan.

Perdana menteri berkata kejayaan yang dicapai sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun lalu adalah seiring dengan perpaduan yang terus kekal di negara ini.

"Kalau kita bekerjasama dan muafakat atas nama rakyat Malaysia, tidak ada ancaman atau cabaran yang tidak boleh kita atasi," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib mahu NGO di negara ini membuat sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dan bukan sekadar memenuhi kepentingan sendiri.

Beliau berkata NGO, yang merupakan sektor ketiga terbesar selepas sektor awam dan swasta, mampu membantu mewujudkan sebuah negara yang tidak mementingkan kebendaan (materialisme) semata-mata.

"Saya percaya kita menjadi anggota NGO kerana nak menyumbang seperti nak tolong anak yatim, menjaga alam sekitar... we need to serve a bigger purpose in life than ourselves (kita perlu memenuhi matlamat lebih besar dalam kehidupan daripada diri kita sendiri).

"Jika kita tidak menghulurkan bantuan kepada orang lain, jadilah kita sebuah masyarakat yang mementingkan diri masing-masing," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia

Sekianlah artikel PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/pm-najib-mahu-ngo-bantu-kerajaan.html

0 Response to "PM Najib mahu NGO bantu kerajaan teruskan kemakmuran, kemajuan Malaysia"

Posting Komentar

wdcfawqafwef