Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe

Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe
link : Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe

Baca juga


Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe

REAL MADRID bersiap sedia untuk memecahkan rekod dunia yuran perpindahan selepas bersetuju dengan perjanjian bernilai €180 juta (RM900 juta) untuk menandatangani Kylian Mbappe daripada Monaco, menurut satu laporan di Sepanyol.

Akhbar berpangkalan di Madrid, Marca, mendakwa juara LaLiga dan Liga Juara-Juara itu sudah bersetuju dengan satu perjanjian yang akan mengatasi rekod dunia yuran perpindahan €105 juta (RM525 juta) yang dibayar Manchester United kepada Juventus untuk menandatangani Paul Pogba tahun lalu.

Madrid dilaporkan akan membayar pendahuluan €160 juta (RM800 juta) dan tambahan €20 juta (RM100 juta) lagi berkaitan dengan kejayaan Mbappe di Santiago Bernabeu.

Penyerang antarabangsa Perancis itu dijangka menandatangani kontrak enam tahun yang akan menyaksikannya meraih pendapatan €7 juta (RM35 juta) setahun.

Monaco sebelumnya kelihatan bersungguh-sungguh mahu mengekalkan Mbappe di sebalik spekulasi yang mengaitkannya dengan pelbagai pasukan di Eropah.

Juara Ligue 1 itu itu turut mengancam untuk membabitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana membuat hubungan tidak dibenarkan dengan penyerang itu sejak beberapa minggu kebelakangan.

Laporan akhbar itu menyebut pengurus Madrid, Zinedine Zidane, telah memberi lampu hijau untuk perpindahan itu selepas meluahkan kebimbangan terhadap kekurangan pilihan serangan selepas kelab itu menjual Alvaro Morata dan Mariano Diaz, masing-masing kepada Chelsea dan Lyon.

Mbappe menyumbat 26 gol dan melakukan 14 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim lalu sambil skuad bimbingan Leonardo Jardim itu menjuarai Ligue 1 di samping mara ke final Coupe de la Ligue dan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Monaco telah kehilangan beberapa pemain bintang sejak akhir musim lalu, dengan Bernardo Silva dan Benjamin Mendy menyertai Manchester City manakala Tiemoue Bakayoko menandatangani untuk Chelsea.

Thomas Lemar telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal di samping Fabinho turut diura-urakan akan berpindah.

Monaco, bagaimanapun, enggan memberi maklum balas apabila dihubungi oleh Omnisport tapi dilaporkan telah menafikan perjanjian berkenaan.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe

Sekianlah artikel Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/real-madrid-cipta-rekod-dunia-yuran.html

0 Response to "Real Madrid cipta rekod dunia yuran RM900 juta untuk Mbappe"

Posting Komentar

wdcfawqafwef