Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam

Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam
link : Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam

Baca juga


Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam

Kini berlaku peningkatan dalam ketegangan antara Israel dan Palestin di Baitulmuqaddis, isu yang paling kontroversial dalam konflik Israel-Arab.

Wartawan BBC, Erica Chernofsky, melihat dengan lebih dekat mengapa bandar ini sangat penting untuk agama Kristian, Islam dan Yahudi.

Baitulmuqaddis - namanya bergema dalam hati orang Kristian, orang Yahudi dan Muslim sepanjang sejarah.





(Foto: BBC)

Dikenali dalam bahasa Ibrani sebagai Yerushalayim dan dalam bahasa Arab sebagai al-Quds, ia adalah salah satu kota tertua di dunia. Ia telah ditakluki, dimusnahkan dan dibina semula dari semasa ke semasa, dan setiap lapisan bumi mengungkapkan sejarah lampau yang bebeza.

Walaupun sering menjadi tumpuan cerita tentang pembahagian dan konflik di kalangan orang yang berbeza agama, mereka bersatu dalam penghormatan mereka untuk tanah suci ini.

Di tengahnya ialah Kota Lama Baitulmuqaddis, seni bina bersejarah yang mencirikan empat suku - Kristian, Muslim, Yahudi dan Armenia. Ia dikelilingi oleh tembok batu seperti kubu.

Setiap bahagian mewakili penduduknya sendiri. Orang Kristian mempunyai dua bahagian, kerana orang Armenia juga Kristian, dan bahagian mereka yang terkecil dari yang lain, adalah salah satu pusat Armenia tertua di dunia.

Ia unik kerana komuniti mereka telah memelihara budaya dan tamadunnya sendiri di dalam Gereja St James Church dan biara. Berikut disiarkan Laicikang.com kenapa Jerusalem ini menjadi tapak suci bagi pelbagai agama seperti dipetik dari BBC.

Gereja


(Foto: BBC)

Bahagian kristian adalah Gereja Holy Sepulcher, tumpuan penting bagi umat Kristian di seluruh dunia. Ia terletak di tapak yang menjadi sejarah perjalanan Nabi Isa a.s, kematiannya, penyaliban dan kebangkitan.

Menurut kebanyakan tradisi Kristian, Nabi Isa a.s disalib di sana, di Golgota, atau bukit Calvary, makamnya dipercayai tletak di dalam kubur dan ini juga merupakan tempat kebangkitannya.

Gereja ini diuruskan secara bersama oleh wakil-wakil kaum Kristian yang berbeza, terutamanya Patriarkat Ortodoks Yunani, pendeta Franciscan dari Gereja Roman Katolik dan Patriarkat Armenia, dan juga oleh Ethiopia, Koptik dan Gereja Ortodoks Syria.

Ia adalah salah satu destinasi ziarah utama bagi berjuta-juta orang Kristian di seluruh dunia yang melawat makam Nabi Isa.

Masjid





(Foto: BBC)

Bahagian Muslim adalah yang terbesar dari empat dan mengandungi Kubah Batu dan Masjid al-Aqsa di dataran tinggi yang digelar umat Islam sebagai Haram al-Sharif.

Masjid ini adalah tempat suci Islam yang ketiga dan berada di bawah pentadbiran sebuah badan Islam yang disebut Waqaf Islam Jordan.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad di bawa ke sini dari Makkah dalam perjalanan malamnya dan solat bersama roh ratusan ribu nabi, menurut ulama. Beberapa langkah jauhnya, Kubah Batu juga ada sebuah batu besar di mana umat Islam percaya ia tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.

Umat Islam berkunjung ke tapak suci ini sepanjang tahun, tetapi setiap hari Jumaat dalam bulan suci Ramadan, ratusan ribu umat Islam datang untuk solat di masjid.

Tembok

(Foto: BBC)

Bahagian Yahudi adalah Tembok Barat atau Tembok Meratap, sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman.

Di dalamnya adalah Holy of Holies, tapak paling suci dalam agama Yahudi.

Orang-orang Yahudi percaya bahawa tempat ini adalah lokasi batu asas di mana dunia diciptakan, dan di mana Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan anaknya Ishak. Ramai orang Yahudi percaya bahawa Kubah Batu adalah tapak 

Holy of Holies.

Hari ini, Tembok Barat adalah tempat paling hampir Yahudi boleh 
berdoa kepada Holy of Holies.
Ia diuruskan oleh Rabai Tembok Barat dan setiap tahun menjadi tempat berjuta-juta pengunjung. Orang-orang Yahudi dari seluruh dunia melawat tempat ini untuk berdoa, terutamanya ketika High Holy Days.


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam

Sekianlah artikel Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/sejarah-penting-kenapa-jerusalem.html

0 Response to "Sejarah Penting Kenapa Jerusalem Menjadi Tapak Suci Untuk Umat Islam"

Posting Komentar

wdcfawqafwef