Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta

Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta
link : Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta

Baca juga


Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta

KUALA LUMPUR – Kementerian menegaskan bekalan vaksin bagi wabak rabies adalah mencukupi kerana masih terdapat 6,000 simpanan vaksin yang belum digunakan daripada keseluruhan 8,000 vaksin yang disediakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata setakat ini hanya 2,000 vaksin sudah digunakan untuk mencegah penularan wabak rabies.

“Isu kekurangan bekalan vaksin ini sepatutnya tidak berbangkit dan semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat saya sudah jawab.  

“Jadi tuduhan sesetengah pihak seolah-olah saya memberi maklumat salah itu tidak betul.

“Pembangkang menggunakan isu ini sebagai ‘political mileage’ dan cuba mencipta isu. Mereka sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu, anggota Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping (DAP) diarah keluar dari Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee apabila mengganggu sesi pertanyaan jawab lisan kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Subramaniam mengenai wabak rabies.

Subramaniam berkata dakwaan bahawa doktor tidak memberikan suntikan vaksin setelah digigit anjing juga adalah tidak benar.

Katanya kementerian akan memberikan suntikan vaksin jika mangsa digigit anjing dalam lokaliti jangkitan wabak rabies.

“Jika seseorang digigit anjing di kawasan di luar jangkitan, ia bukan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan vaksin tetapi, keputusan akhir akan ditentukan doktor sama ada perlu atau tidak untuk menerima vaksin,” katanya.

Dr Subramaniam berkata kerajaan hanya akan mengumumkan sesuatu kawasan itu bebas   wabak  rabies selepas tiada jangkitan positif kepada manusia dan haiwan untuk tempoh dua tahun.

Tiada laporan terbaharu kes rabies sehingga hari ini. Pada  Ahad lepas mangsa kelima yang berasal dari Serian, Sarawak meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak akibat jangkitan wabak itu. -BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Appear first on Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta

Sekianlah artikel Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta dengan alamat link https://malaysiaitu.blogspot.com/2017/07/vaksin-rabies-mencukupi-pembangkang_25.html

0 Response to "Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta"

Posting Komentar

wdcfawqafwef